Monday, September 28, 2009

SENJA DI RANTAU......

Sebagai anak rantau, apabila siang menuju senja pasti ia akan meninggalkan kenangan bahawa sehari lagi telah meninggalkannya sebagai anak di rantau orang dan hari esok bakal mendatang yang juga masih sebagai anak rantau juga........
Senja-senja yang dilalui itu bukan sahaja menandakan bahawa berlalu sehari lagi episod anak rantau, tetapi ia juga sebenarnya mengingatkan kepada kita bahawa umur kita sebenarnya telah meningkat sehari lagi dan yang paling penting ialah sehari lagi umur kita semua telah pendek........
Maka jika ingat dan tahu semua ini pasti kita akan sentiasa beringat dan bersedia untuk menghadapi hari yang akan datang..........
Oleh itu kita jangan hanya melihat keindahan senja itu sahaja, tetapi sebenarnya adakah kita telah bersedia untuk menghadapi hari pagi esok dan esok dan esok dan esok dan................

No comments:

Post a Comment