Saturday, September 19, 2009

BUAH-BUAHAN MALAYSIA

Bestnya kalau kat Kota Kinabalu dapat makan buah-buah ni macam kat kampung, kalau kat sini kempunan la nampak gayanya........
Inilah yang dikatakan berbuah dihujung julai...... Kalau buat masak lemak dengan ketam best tu........
Kalau buah ni, orang perempuan tentulah suka. Orang lelaki pun apa kurangnya, kalau mengicah dengan sambal belacan tak payah nak cakap la, sendiri mau ingat laaa........
Kalau kat Semenanjung semua buah-buah ni macam tak ada nilai aje, tapi kalau kat KK kaya kamu kalau kebun buah macam durian dan cempedak.......
Mananya tidak kalau kat Semenanjung durian biasa sahaja tak ada istilah raja buah pun, dah jadi macam rakyat aje laaaaa, tak ada nilainya. 1 kg RM4.00 pun dah terlalu mahal, tapi kalau kat KK tak jumpa la macam tu. Paling murah RM6.00, paling mahal pernah jumpa RM18.00. Itu ada yang beli juga. Nak buat macam mana kalau memang dah kaki makan durian kat sini kenalah control la sikit, budjet tinggi sikit. Nasib baik la anak-anak aku tak berapa minat sangat nak makan raja buah ni........

No comments:

Post a Comment