Thursday, October 22, 2009

SENJA DI RANTAU 3..........

Mencari rezeki di waktu senja......... mungkin itulah yang diharapkan untuk keluarganya malam ni........
Cantik sungguh senja ni, keindahan ini sebenarnya meminta kita berfikir dan bersyukur terhadap segala kurniaannya......... maka fikirkanlah........

Tenang dan damai sungguh laut senja ni....... mungkin inilah kedamaian dan ketenangan yang semua orang harapkan..........
Senja yang berlalu tidak akan berulang untuk senja yang sama esoknya........ senja esok belum tentu akan kita tempoh lagi...... malam yang akan datang sebentar lagi sebenarnya adalah mati yang sementara untuk makluk yang berjaga pada sebelah siangnya dan siang esoknya belum tentu lagi untuk makluk yang berjaga pada siang semalam.........

SENJA DI RANTAU 2...........

Antara gambar senja terbaru yang sempat aku upload malam ni........
Nampak gayanya sampai malam la budak ni mandi manda kat laut tu...........
Walaupun cetek tapi ia tetap merbahaya, tengoklah ombak-ombak tu yang tak pernah jemu menghempas dirinya ke pantai........
Amboi comelnya, anak siapalah yang comel tu....... mau pula jadi model aku ni.......

Monday, October 12, 2009

TAMAT SUDAH TRIP KUNDASANG KALI NI........

Inilah Gunung Kinabalu, mercu tanda Negeri Sabah. Kalau ke Sabah pastikan gambarnya diambil sebagai kenangan yang anda telah sampai ke Negeri Dibawah Bayu. Bukan sahaja setakat Pasar Filipina sahaja nak dicari.......
Tengok kereta aku tu, dah jadi macam kereka 4 x 4 dah tu....... nak buat macam mana setakat tu sahaja yang aku mampu.......
Tengoklah gelagat anak sulung aku makan durian, makanlah kamu puas-puas, bukan senang nak dapat durian murah kat Sabah ni, inilah peluangnya. Makanlah kamu sampai buncit pun tak apa........
Baik-baik adik, buat apa tu......... ni satu teknik baru nak uji tengok buah tu masak atau belum ke.........

REHAT SEKEJAP........

Inilah keluarga ku yang sempat aku bergambar kat atas jambatan gantung kat Kampung Luanti, tempat tengok ikan kelah tu..........
Aku dan anak bongsu aku...........
Isteri dan anak sulung aku.............
Inilah salah satu daya tarikan baru yang ada di Kampung Luanti selain dari ikan kelah........
Lihat tu betapa ramainya orang bergilir-gilir menunggu giliran untuk sama-sama mencari pengalaman bersama dengan ikan kelah di Kampung Luanti ni. Apa yang pasti ikan kelah di sini bukan sahaja bertambah jinak tak takut kepada makluk yang bernama manusia, tetapi yang paling pasti ia semakin gemuk dan bertambah malas mencari makan kat tempat lain.........

IKAN KELAH LAGI.........

Aku pun nak juga bagi makan ikan kelah tu......... ingat pepatah 'jinak merpati makan di telapak tangan' aje ka yang ada, ikan kelah pun boleh la jadi pepatak macam tu, kalau yang ni yang mahal........
Tengok la pasangan member aku tu, bukanya main seronok dia, maklum aje la kat KL tak ada macam tu, kalau tak Taman Negara Pahang dan Tasik Kenyir ada la tempat yang macam tu, tapi susah untuk ke sana. Kalau kat sini setiap hari boleh pergi........
Apa yang seronok sangat isteri aku tu........
Lihatlah betapa jinaknya ikan-ikan kelah kat sini, itulah salah satunya penarik yang ada di Sabah. Datanglah melawat, tapi malangnya masih ramai orang Sabah sediri yang tak pernah sampai ke tempat tu............

JINAK-JINAK SI IKAN KELAH........

Ini yang aku katakan jinak-jinak si ikan kelah, tengok tu....... makan pun kena bersuap........
Tengok tu isteri aku, apa yang dibuatnya pula tu.......
Tersenyum puas hati nampak gayanya member aku ni, siapa pun pasti akan puas hati kalau di Semenanjung ikan kelah ni sudah susah nak tengok dan nak dapat, apa lagi kalau dapat macam ni, lagi la best...........
Tengok tu, bestnya kalau boleh ditangkap. Tapi apa boleh buat, tengok aje tau. Kalau nak nanti kena denda kamu.......

MENJENGUK KE LOKASI REFLESIA.......

Ini antara bunga yang ada dan sempat aku shot kat tempat keluar dari kawasan tengok bunga reflesia..........
Tak kisah bunga apa, nampak sahaja cantik pada pandangan mata aku, tak lepas peluang la nampak gayanya........ tengok la gambar bunga di atas........
Ini member aku & family dia yang aku bawa jalan-jalan semasa mereka datang KK, puas la hati mereka ni.........
Ini lah kumpulan kami yang pergi tengok bungan reflesia kat dalam hutan tu......... makcik yang tua tu kami punya guide, gambar tak ada la..........

Sunday, October 11, 2009

BUNGA REFFLESIA

Macam ni lah keadaannya kalau dari dekat kita tengok bunga refflesia tu, bukannya cantik mana pun cuma besar dan susah nak jumpa sahaja....... kalau jumpa pun di hanya kembang untuk tempoh 6 hari aje dan untuk kembang pula selepas 7 bulan dan bukannya banyak kumtum pun.......
Inilah bunga refflesia yang buat pertama kali aku dapat melihat dari dekat secara live...... bunga ni lebar lebih dari 2 kaki........
Inilah group aku yang pergi tengok bunga refflesia tu, perempuan tua bukan la, dia jurupandu kami........
Ini family member aku dari KL yang turut sama pergi melihat bunga refflesia, dia la yang beria-ia sangat nak tengok bunga tu.......

KUNDASANG - MEMORIAL WAR

Pandai gadis comel ini 'possing', ini anak member aku yang menetap di Kundasang, dia dan mak dialah yang menjadi tourist guide aku dan member dari KL baru-baru ni......... walaupun dah hampir 4 tahun aku di Sabah, memorial war ni pertama kali aku sampai........
Mungkin bendera-bendera inilah yang melambangkan dari negara mana askar yang menjadi tawanan serta buruh paksa tentera Jepun.............
Pening kepala oooii......... mana satu yang nak aku makan dulu ni..........

Saturday, October 10, 2009

MUSIM BUNGA 8

Jauh dihujung julai ia mekar, namun nampaknya mekarnya sudah hampir layu........
Cantik sungguh deretan bunga-bunga ni........
Merah menarik, mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai untuk bunga ni........
Walaupun ia kecil, tetapi warnanya cukup menarik sesiapa sahaja yang melihatnya...........

MUSIM BUNGA 7- MEMORIAL WAR KUNDASANG

Pada dinding inilah senarai anggota tenteta British yang menjadi tawanan Jepun dan dijadikan buruh paksa untuk membuat jalan dari KK ke Sandakan sekitar zaman pendudukan Jepun di Malaysia tahun 1945..........
Salah satu sudut menarik yang ada di Memorial War Kundasang...........
Cantik tak bunga ni.......
Haaa, kalau yang ni macam mana pula..........
Kalau yang ni macam mana pula..........

MUSIM BUNGA 6 - ORKID



Orkid mana cantik.......... semuanya cantik, dan banyak lagi bunga-bunga lain yang ada di Memorial War kat Kundasang ni............

MUSIM BUNGA 5

Aku pun nak juga posing kat taman yang ada di Memorial War kat Kundasang ni. Ini adalah salah satu lokasi yang ada di dalam taman tu........
Cantik sungguh bunga sri pagi ni...........
Dari ketiga-tiga bunga mawar tu mana yang paling cantik.......... susah nak cakap semuanya cantik..........