Monday, September 7, 2009

KARENAH ANAK-ANAKKU

Inilah rupa style rambut anakku selepas 1 tahun aku tak gunting rambutnya, kalau tanya kenapa tak nak gunting rambut, jawapanya mudah sahaja kalau gunting rambut kat KK tak best, tak hamsemmm...... kalau kat kampung best.....
Macam ni lah rambut anakku selepas 1 tahun tak gunting, lepas ni aku rasa tunggu balik kampung pulalah nampak gayanya baru dia nak gunting semula........
Yang kurus tu anak aku, yang gemuk tu bukannnnn. yang tu anak adik ipar aku. Baru 6 tahun tapi badan lebih besar dari anak aku yang umur 8 tahun.......
Yang ni pula anak bongsu aku, nakal dia kadang-kadang aku tak larat nak melayan hinggakan aku suruh dia tutup mulut sekejap tak larat nak menjawap banyak sangat bertanya dan kadang-kadang soalan yang ditanyanya bukan pemikiran budak 4 tahun........
Yang ni 4 sekawan....... tak tahulah apa yang menarik perhatian mereka hinggakan minat sangat nampak gayanya........

No comments:

Post a Comment