Sunday, December 20, 2009

BALIK KAMPUNG DISEMBER 2009 - 1

Teropong apa tu...... skodeng ye...... tak lah....... Kalau nak tahu apa yang boleh di lihat kena mai sendiri la kat Menara Alor Star ni........
Inilah salah satu pemandangan yang oleh di lihat dari Menara Alor Star ni, Masjid Zahir yang berada di tengah-tengah bandar. Kalau cuaca cerah sampai Pulau Langkawi pun kita boleh lihat.......
Tengok anak-anak aku ni, lambat dapat peluang mahu sahaja nak ambil gambar. Tak kira tempat aku aje possing dua beradik ni.........
Inilah salah satu sudut yang paling dekat yang boleh nampak keseluruhan Menara Alor Star ni.......
Lihatlah kedua-dua pesawah ni, sanggup bersusah payah untuk mencari rezeki untuk keluarga di rumah....... Bukan senang untuk mendapat gambar menarik macam ni sekarang, kerana orang sekarang mana mahu lagi bekerja di sawah macam dua orang pesawah ni. Lagi pun kalau ada pun bukannya menanam cara tradisional lagi dah moden terus tabur aje.........
Kalau ni balik kampung mertua tak banyak gambar yang aku ambil, mungkin kerana 4 hari aku balik ke sini langsung tak nampak matahari, jadi apa yang nak diambilnya. Takkan la nam ambil gambar hujan aje untuk tempoh 4 hari tu. Nasib baik pula kebetulan masa aku plan untuk ke Alor Star membeli barang-barang untuk bawa balik panas pula.......

No comments:

Post a Comment