


Malam ini adalah malam terakhir aku berada di Langkawi, esok aku dah nak balik ke KK semula. Dua minggu balik kampung cukup cepat terasa masa berlalu. Apa boleh buat memang itulah kehidupan yang terpaksa diteruskan......
Ini gambar yang aku sempat ambil semasa ke Pasar Malam Kuah pada sebelah petang. Setiap kali ke Langkawi, pasti view yang macam ini aku nantikan untuk ambil gambar kerana setiap kali niat aku untuk ambil gambar kat sini pasti ada gangguannya. Biasanya pastilah cuaca yang tidak berapa mengizinkan.........

No comments:
Post a Comment