Bestnya kalau kat Kota Kinabalu dapat makan buah-buah ni macam kat kampung, kalau kat sini kempunan la nampak gayanya........
Inilah yang dikatakan berbuah dihujung julai...... Kalau buat masak lemak dengan ketam best tu........
Kalau buah ni, orang perempuan tentulah suka. Orang lelaki pun apa kurangnya, kalau mengicah dengan sambal belacan tak payah nak cakap la, sendiri mau ingat laaa........
Kalau kat Semenanjung semua buah-buah ni macam tak ada nilai aje, tapi kalau kat KK kaya kamu kalau kebun buah macam durian dan cempedak.......
Mananya tidak kalau kat Semenanjung durian biasa sahaja tak ada istilah raja buah pun, dah jadi macam rakyat aje laaaaa, tak ada nilainya. 1 kg RM4.00 pun dah terlalu mahal, tapi kalau kat KK tak jumpa la macam tu. Paling murah RM6.00, paling mahal pernah jumpa RM18.00. Itu ada yang beli juga. Nak buat macam mana kalau memang dah kaki makan durian kat sini kenalah control la sikit, budjet tinggi sikit. Nasib baik la anak-anak aku tak berapa minat sangat nak makan raja buah ni........
Ini adalah antara koleksi mainan anak yang paling disayanginya. Maunya tidak semua mahal-mahal, setiap satu melebihi RM50.00
Tranformer adalah pilihan mainan yang paling disukainya, yang abang la. Tapi kalau adik kurang sikit, dia lebih suka monopoly atau puzzle, baru 4 tahun semua puzzle dia lebih cepat siapkan dari abangnya kalau disuruh pasangkan.....
Zaman tranformer tentunya jenis mainan inilah yang diminatinya, nanti kalau zaman tranformer berlalu apa pula yang dia nak suruh aku belikan........ dalam masa terdekat ni dia minta lepas raya nak riket badminton, nanti bila darjah 4 dia nak belajar masuk kelab memanah. Kalau masuk kelab memanah aku pun nak, sebab dulu memang ku pun join kelab memanah juga..........
Si abang kalau main mainannya ni tak gaduh sorang-sorang macam-macam bunyi yang keluar, kadang-kadang tu sampai aku tegur 'amboi enjin tranformer rosak ke lain macam bunyinya' terkedu dan tersipu-sipu juga dia........
Yang ni antara mainan dia yang paling mahal, mencecah RM90.00. Bukannya besar manapun, lebih kurang tinggi sebatang pen aje, tapi dia cukup sayang yang ini. Tak tahulah kat mana yang di suka sangat........