Thursday, December 24, 2009

LIMA 2009 - PERTUNJUKKAN UDARA - 4

Lihatlah dengan megah B 40 terbang di udara seperti sang helah mencari mangsa.......
Inilah pesawat pengebom B40 yang turut sama membuat pertunjukkan sempena LIMA 2009. Bayangkanlah telah berapa ramai nyawa yang terkorban kerana pesawat pengebom ini.......
Ini pula pertunjukkan oleh pesawat pejuang dan helikopter appche dari Negara Singapura yang terbang bagai sepasang......
Inilah dia pesawat pejuang dari Negara Singapura.......
Inilah pula ruang legara pertunjukkan udara, pemandangan dari puncak bukit berhadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Bagi aku pertunjukkan tahun ini tidak semeriah dulu, mungkin disebabkan 2 minggu sebelum Langkawi pertunjukkan yang hampir sama ada di Dubai dan seminggu seleps Langkawi ada pula di Beijing, jadi sebab itulah di Langkawi tidak semeriah LIMA yang sebelum ini.........

LIMA 2009 - PERTUNJUKKAN UDARA - 3

Lihatlah bagaimana sukhoi ini membelas matahari..........
Nampak tu dengan megahnya anak-anak Malaysia memandu laju jet-jet yang menjadi kebanggaan negara..........
Yang ni betul-betul best punya pertunjukkan. Dekat pula tu, bunya jet ni tak payak cakap la. Kalau kerbau boleh tutup telinganya dengan tangan pun, dia pasti akan tutup telinga juga tak tahan dengar bunyi yang kuat dan bising tu........
Tengok tu.......
SHOW TIME...........
Inilah pesawat TUDM - Sukhoi yang akan membuat pertunjukkan. Bagi aku jika dibandingkan pesawat-pesawat yang membuat pertunjukkan tahun ini, Malaysia lah yang paling best. Mungkin pasukan Red Arrows tak datang, kalau tidak tak tahulah......... Yang bestnya tentang pasukan Malaysia, seorang pilot dari 3 buah jet sukhoi yang membuat pertunjukkan adalah wanita, syabas kaum hawa........

Monday, December 21, 2009

LIMA 2009 - PERTUNJUKKAN UDARA - 2

Inilah suatu pertunjukkan yang cukup hebat bagi mereka yang belum pernah menyaksikannya, melibat burung besi terbang laju diudara..........

LIMA 2009 - PERTUNJUKKAN UDARA - 1

Pertunjukkan oleh pesawat tempur dari Australia.........
Pertunjukkan oleh helikopter tempur Singapura......... View dari jauh berlatar belakangkan ruang pameran kapal terbang dan helikopter.........

LIMA 2009 - DEWAN MAHSURI - 2

Sessi dalam dewan dah pun habis, selepas ni kita ke sessi luar dewan pula. Sessi kali ini lebih menarik dan lebih mendebarkan........
"Abang long, jaga adik. Abah nak cari mama sekejap, mana mama menghilang ni." Itulah pesanan aku kepada anak-anakku. Kalau kat dalam dewan tu orang tak payah nak cakap la punya la ramai. Kalau dah hilang biarlah hilang sekejap, selepas ni kita baru cari. Kalau asyik mencari aje tak dapat nak tengok pameran.........
Ini ruang syarikat dari Airbus. Cantikkkkkk.......... Mungkin itulah yang dikatakan oleh big boss airasia, nampak macam ada sesuatu yang menarik minat beliau aku nampak..........
Minat sungguh anak sulung aku ni dengan model-model kapal yang ada dipamerkan kat LIMA ni......
Tengok ni lagi...........

LIMA 2009 - DEWAN MAHSURI - 1

Kalau orang dewasa tidak mahu melepaskan peluang bergambar kat dalam dewan LIMA ini, apa kurangnya dengan kanak-kanak. Tengok tu, anak sulung aku........
Ini adalah model helikopter dari salah sebuah syarikat pengeluarnya yang turut sama menyertai pameran LIMA kali ini.........
Inilah pesawat tempur Russia - Sukhoi. Lihatlah gelagat kameraman yang begitu asyik memgambil gambar. Apa lagi yang boleh menjadi kenangan kalau bukan gambar, kalau setakat ingatan pasti suatu hari ia akan hilang juga, kalau gambar ia tetap akan dapat dilihat......Inilah teknologi pengintipan pesawat tanpa pemandu yang menjadi kebanggaan negara-negara besar kuasa ketenteraan sekarang boleh sampai kesasaran tanpa perlu risau dikesan pihak musuh........
Anak-anak aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar.........
Inilah Dewan Mahsuri yang menempatkan ruang pameran untuk syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara mempromosikan segala produk masing-masing sempema LIMA 2009.......
Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) 2009 kini kembali lagi. Setelah sekian lama aku tidak berpeluang untuk menyaksikan pertunjukkan ini, kali ini aku mengambil peluang sempena bercuti membawa keluarga menyaksikannya. Bagi aku inilah peluang untuk membawa anak dan isteri kerana mereka belum pernah menyaksikan sendiri pertunjukkan ini..........
Bagi aku tak kisah walaupun dah lebih dari 8 tahun tidak menyaksikannya, walaupun sebelum ini pernah 2 minggu bertugas untuk LIMA 1995.......

BALIK KAMPUNG DISEMBER 2009 - 7

KLIA. Nampak gayanya Langkawi dah jauh aku tinggalkan. KK pula dah semakin dekat aku sampai. Tapi flight aku masih lambat lagi, sepatutnya pukul 5:30pm tapi sekarang telah ditunda kepada 10:00pm. Nampak gayanya tunggu 5 jam lagi la aku kat sini, awal pagi la baru sampai ke KK. Esok dah kena kerja.........
Semakin dekat enjin kapal terbang tu aku dapat lihat semakin sayu rasanya aku rasa untuk meninggalkan Langkawi. Mak, Abah anak mu ni dah nak balik KK. Kalau panjang umur insyaAllah kita jumpa lagi lepas ni. Tapi kali ini aku balik tak tahu kenapa terasa sangat sayu bila nak balik semula KK...........
Dah sampai pun kapal terbang yang akan aku naik ke KLIA nanti......
Inilah gambar terakhir aku bersama emak dan abah sebelum bertolak balik semula ke KK. Telah menjadi adat resam aku sebagai seorang anak rantau, Langkawi hanya tempat untuk aku balik kampung bercuti dan rehat tidak lebih dari itu, habis cuti terpaksalah balik semula ke tempat dimana aku mencari rezeki. Nak buat macam mana, telah tertulis bahawa sejak zaman aku bujang lagi bahawa rezeki aku adalah di tempat orang...........