Thursday, October 8, 2009

ANAK BULAN DAH NAMPAK........

Agak-agak cukup tak duit raya untuk tahun ni.........yang penting niat tu kena ikhlas, jangan fikir cukup atau pun tidak......
Haji, nakpak ke anak bulan tu......, kalau nampak cepat-cepat la bagi tau.........
Inilah alat yang biasa digunakan untuk melihat anak bulan, dan ini jugalah pengalaman pertama aku melihat anak bulan..........
Pertama kali dalam seumur hidup aku inilah pertama kali aku berpeluang turut sama menimba pengalaman melihat anak bulan Syawal, bukannya senang nak dapat pengalaman ni tau........
Ini pun biskut kegemaran yang dibuat oleh isteri aku untuk tahun ini, yang lain ada lagi. Mana boleh tunjuk semua RAHSIA..........

KUIH RAYA OH KUIH RAYA......

Inilah menu hari raya setiap tahun, biskut tak beli pun. Nasib baik dapat isteri yang pandai dan minat buat semua ni, jimat la sikit........
Yang ni pun antara biskut wajib dibuat setiap tahun......
Biskut ni pula menu untuk anak-anak aku..........
Yang ni pula hieee..... susah la nak cakap.........
Yang ni pula kiranya tu biskut orang lama-lama, tapi telah dimodenkan.........

MENU DI HUJUNG RAMADHAN.......

Makanan dah ada, minuman belum lagi, bila ni........ Oooo..... lambat lagi nak buka puasa rupanya..........
Eeiii........ sedapnya..........
Yang ni lagi leeee........ Orang utara tak payah nak cakap la, sendiri mau ingat la kalau duduk kat rantau ni semuanya kena buat sendiri, kalau nak beli tu susah la sikit nak dapat. Kalau ada pun tak ada la sedap yang dicitakan.........
Heiiiii......... tak kan lah semua menu hari-hari last macam ni punya best.......

Monday, September 28, 2009

DUIT DAN KUASANYA......

Anak ku kamu adalah pewarisku, bangsaku negaraku juga agamaku........ hidup ini terlalu sempit dan terlelu cepat masa berlaku, maka pergunakanlah sepenuhnya peluang dan masa yang kamu ada untuk kepentingan diri, bangsa negara dan agamamu......
Kamulah pewaris anak-anak merdeka hormatilah hak-hak orang lain demi untuk menjaga hak-hak kamu.......
Kota Kinabalu, terlau ramai anak rantau di tempat mu.......
Kalau ini baru sekeping, tapi walau ia baru sekeping dia sudah mampu membuatkan seorang manusia itu hilang pertimbangan kewarasannya. Maka ingatlah dari mana punca serta sumber yang menjadi darah daging kita serta ahli keluarga kita.........
Sudah menjadi lumrah jika ia sedikit, ia tak dipandang pun. Tapi jika ia banyak siapa pun yang tidak kuat imannya pasti akan tergugat juga. Oleh itu ingatlah bahawa dalam dunia yang semakin mencabar ini, duit boleh membuatkannya cukup berkuasa dan kita hilang kuasa kerananya........

SENJA DI RANTAU......

Sebagai anak rantau, apabila siang menuju senja pasti ia akan meninggalkan kenangan bahawa sehari lagi telah meninggalkannya sebagai anak di rantau orang dan hari esok bakal mendatang yang juga masih sebagai anak rantau juga........
Senja-senja yang dilalui itu bukan sahaja menandakan bahawa berlalu sehari lagi episod anak rantau, tetapi ia juga sebenarnya mengingatkan kepada kita bahawa umur kita sebenarnya telah meningkat sehari lagi dan yang paling penting ialah sehari lagi umur kita semua telah pendek........
Maka jika ingat dan tahu semua ini pasti kita akan sentiasa beringat dan bersedia untuk menghadapi hari yang akan datang..........
Oleh itu kita jangan hanya melihat keindahan senja itu sahaja, tetapi sebenarnya adakah kita telah bersedia untuk menghadapi hari pagi esok dan esok dan esok dan esok dan................

Saturday, September 26, 2009

KEHIDUPAN SIANG MALAM.........

Jentera pembangunan. Mungkin itulah tajuk yang paling sesuai dengan objek ni. Kita mungkin tidak perasan bahawa kenderaan di atas amat berperanan besar dalam pembangunan, tapi itulah hakikat bahawa yang menyumbang sepertinya selalu tak di pedulikan sangat........ Nasib mu lah.........
Bro, ambil gambar apa tu........ lain macam aje atau objek tu menarik sangat ke. Kalau menarik tu share la sama........
Inilah salah satu tempat menarik untuk shot malam......... Sutera Harbour Resort.......... resortnya cantik, harga tak payah nak cakaplah 5 star.........
Semua kanak-kanak tidak perlu memikirkan masalah, mungkin sebab itulah anak di atas tersenyum gembira bila disuruh senyum untuk bergambar. Kepada bapa anak ini, maaf sebab tanpa kebenaran meletakkan gambar anaknya ke dalam blog aku............
Gelap hanya pada luaran......... tapi di dalam hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.........

Friday, September 25, 2009

MENCARI KETENANGAN..........

Aku dan senja, mungkin itu tajuk yang sesuai dengan senario di atas. Ini adalah pemandangan yang sempat aku ambil kat tepi pantai semasa aku keluar berbasikal baru-baru ni.........
Inilah basikal aku........ kalau aku tak berjongging berbasikallah aku untuk mengeluarkan peluh, itupun kalau aku ada mood lah. Kalau tidak jadi sarang labah-labah la basikal aku tu kat dalam stor.................
Senja dan kehidupan aku namakan senario ni, aku cukup suka pemandangan senja kat sini, jauh mata memandang pemandangan ni............
Lalang.......... jangan jadi lalang...........
Cantikkan bunga-bunga lalang tu........... cantik bunga lalang tak api, tapi kita jangan jadi macam sifat dia, LALANG..........