Friday, September 25, 2009

HASIL SENI BUNGA API.......

Mungkin ini tak ada kaitnya dengan yang dibawah, tetapi cahaya dari menara masjid ini juga merupakan suatu seni pencahayaan yang menarik pada sebelah malam hari..............
Yang ni tak kurang cantiknya............
Yang ni pun sama..............
Cantikkan persembahan bunga api ini...... inilah suatu seni bagi mereka yang tahu menilaikannya...........
Hasil seni yang cukup indah kalau kita betul-betul tahu menilai dan memanafaatkannya........... cuma sekarang ni banyak anak bangsa ku terlebih pandai dalam menghasilkan hasil seni ini yang kebanyakkannya telah menudaratkan diri sendiri.........

HADIAH DAN ANUGERAH..........

Dan ini adalah hasil salah satu kurniaan yang cukup bermakna kepada manusia hasil dari anugerah otak yang mampu berfikir dan menjadikan iktibar akan kejadian yang dianugerahkan oleh Allah kepada makluk lain untuk dimanafaat kepada makluk lain pula............
Lihat tu, dengan anugerah yang begitu halus dan ringan mampu membawa jasad melihat kejadian alam kurniaanNya......... Marilah kita sama-sama fikirkannya........
Inilah anugerah kepada makluk yang dijadikan oleh Allah untuk bebas terbang di udara. Dan jika diteliti terlalu halus sifat yang wujud pada anugerah ini yang mampu menerbangkan suatu jasad yang lebih besar darinya. Maka marilah sama-sama kita fikirkan anugerah yang dikurniakanNya kepada makluk yang bernama manusia ini dan sejauh mana telah kita manafaatkan kepada makluk lain............
Yea... yea..... dapat hadiah basikal, Yea... yea....., mungkinn itulah yang bermain dikotak fikiran kanak-kanak tu...... sebenarnya itu adalah simbolik kepada upah supaya duduk diam mak dan bapa nak relex sekejap........

FESTIVAL BETITIK NEGERI SABAH

Ini penariknya festival ni....... yang lain tu tak. Tengok la cantik kan......... bukan setakat rupa sahaja cantik, lenggok dia pun menarik........
Inilah contoh pewaris budaya melayu yang ada di Sabah dan ia patut dikembangkan kepada semua kaum, agar budaya setiap kaum akan terus dipertahan dan diperkembangkan lagi..........
Tengok tu baru 7 tahun dah pandai buat persembahan pantas. Macam tu la yang kita nakkan supaya anak-anak didik agar kenal budayanya.........
Begitu asyik mereka berdua membuat persembahan budaya bangsa Bajau ni.........
Festival Betitik merupakan suatu usaha kerajaan negeri untuk mempopularkan budaya seni bangsa agar ia tidak luput ditelah zaman dan tak lekang dari pemodenan, syabas dan taniah kerajaan Negari Sabah.........

AKTIVITI DI KOTA KINABALU........

Balik dari kampung sempat aku keluar paginya pergi shot gambar kat tempat pesta perahu naga....... Cantik tempatnya, cuaca pun hari ni ok pula panas pun tidak berombak pun tidak.... tenang aje........
Itulah kasih ayah, panas pun kalau boleh tak mahu kena pada anak........ mahu juga dipayungkan anak tu dari panas, tapi anak tu terlepas dari tangan bapa lagi dia suka.........
Jangan takut nak dia tak tengok kamu pun......... heeeeee kalau betul orang hutan tu, kena telan kamu dibuatnya.....
Kita dan bayang tak mungkin akan dipisahkan, itulah yang dikatakan dan ditafsir dalam siluet.........
Ni siapa yang rasa dia orang kampung pasti tahu dan pernah main, budak-budak sekarang mana main benda macam ni, kurang-kurang main game. Inilah mainan orang dulu-dulu.......... shot yang sempat aku ambil semasa sukaneka kat Jabatan Belia Negeri Sabah........

SELAMAT KEMBALI KE SABAH

Tengok tu dah pun sampai Kota Kinabalu......... Sekejap aje..........Isteri dan anak-anak pun macam biasalah, kalau bab bergambar memang cepat....... aku juga yang melepas.......
Nampak pulau tu, itu tandanya perjalanan aku dah pun sampai ke Kota Kinabalu........
Ini antara pemandangan yang sempat aku ambil semasa kat atas awan, aku rasa balik kampung kali ni merupakan pemandangan yang paling cantik. Kalau tidak sebelum ni dari berlepas sampai mendarat mendung dan hujan sahaja cuacanya........
Ini pun cantik juga pemandangan di atas awam biru............

SELAMAT TINGGAL LANGKAWI 2009 - PART 2

Semakin lama, semakin tinggi dan semakin jauh aku meninggalkan kampung dan keluarga ku, semakin dekatlah dengan tempat aku mencari rezeki ditempat orang.........
Nun semakin di bawah aku meninggalkan kampung halamanku menuju tempat aku mencari rezeki di negeri orang........
Indah sunggu alam yang dijadikanNya untuk kita sama-sama memikirkan kebesaran dan keagunganNya.......
Semakin tinggi semakin sayu perasaan aku, nasib baiklah hari ni cuaca cantik. Itulah yang mengubat kepiluan aku hari ini..........
Semakin lama, semakin tinggi dan semakin jauh aku meninggalkan kampung dan keluarga ku, dalam hati hanya aku dan Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku sekarang. Mungkin keindahan alam yang dijadikanNya ini sahaja yang dapat menceritakan segalanya........

SELAMAT TINGGAL LANGKAWI 2009

Nampak landskap ini maknanya aku dah mula meninggalkan Langkawi dan entah bila pula akan balik, yang dicadangkan mungkin hujung tahun ni aku akan kembali melibat LIMA 2009..........
Kalau kaki pancing tu, tetap kaki pancing juga laaaa..... tengok la tu sampai batang joran baru pun ke hulu ke hilir diusungnya........... lepas ni boleh la try kat Sabah.........
Maklum aje la dapat tiket business class kali ni, belagak nampak gayanya anak-anak aku tu........
Inilah sebahagian ahli keluarga aku yang sempat menghantar aku ke airport semasa balik kampung aku tempoh hari.......
Mak, anak mu ni dah nak balik dah. Kalau panjang umur nanti anak mu ni akan balik lagi.......... Ya, nak...... Mungkin itulah yang difikirkan oleh ibuku.........