Saturday, December 19, 2009

ISTANA TYT NEGERI SABAH

Inilah rombongan dari pejabat aku yang telah melakukan lawatan mengadap sembah ke Istana TYT Negeri Sabah baru-baru ni......
Macam ni lah sessi mengadap sembah yang dilakukan oleh bos aku......... Kalau ambil gambar orang biasa senang la sikit tapi kalau ambil gambar orang VIP macam TYT ni banyak sangat protokolnya, bukan sahaja bab pakaian, hinggakan kalau ambil gambar pun ada protokolnya, tidak boleh sesuka hati sahaja nak diambilnya.......
Inilah suasana ruang tamu utama Istana TYT Sabah, cantik......
Orang yang dah lama kat sini pun belum tentu dapat masuk Istana, aku yang baru tidak sampai 4 tahun dah 2 kali dapat masuk, tapi kalau kameraman memang nasib la tak ada gambar. Kalau ada pun tak ada la macam mana yang dihajati, kat pintu masuk pun jadi la..........
Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menjejak kaki ke Istana, mungkin inilah rezeki sebagai seorang kameraman. Tahun ini sahaja dah 2 kali aku dapat menjejak kaki ke Istana Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, yang pertama kerana bos aku minta aku ikut sama jadi kameraman untuk majlis mengadap sembah dan yang terbaru ikut dia minta aku jadi kameraman untuk majlis dia terima pingat Negari Sabah.

Thursday, October 22, 2009

SENJA DI RANTAU 3..........

Mencari rezeki di waktu senja......... mungkin itulah yang diharapkan untuk keluarganya malam ni........
Cantik sungguh senja ni, keindahan ini sebenarnya meminta kita berfikir dan bersyukur terhadap segala kurniaannya......... maka fikirkanlah........

Tenang dan damai sungguh laut senja ni....... mungkin inilah kedamaian dan ketenangan yang semua orang harapkan..........
Senja yang berlalu tidak akan berulang untuk senja yang sama esoknya........ senja esok belum tentu akan kita tempoh lagi...... malam yang akan datang sebentar lagi sebenarnya adalah mati yang sementara untuk makluk yang berjaga pada sebelah siangnya dan siang esoknya belum tentu lagi untuk makluk yang berjaga pada siang semalam.........

SENJA DI RANTAU 2...........

Antara gambar senja terbaru yang sempat aku upload malam ni........
Nampak gayanya sampai malam la budak ni mandi manda kat laut tu...........
Walaupun cetek tapi ia tetap merbahaya, tengoklah ombak-ombak tu yang tak pernah jemu menghempas dirinya ke pantai........
Amboi comelnya, anak siapalah yang comel tu....... mau pula jadi model aku ni.......

Monday, October 12, 2009

TAMAT SUDAH TRIP KUNDASANG KALI NI........

Inilah Gunung Kinabalu, mercu tanda Negeri Sabah. Kalau ke Sabah pastikan gambarnya diambil sebagai kenangan yang anda telah sampai ke Negeri Dibawah Bayu. Bukan sahaja setakat Pasar Filipina sahaja nak dicari.......
Tengok kereta aku tu, dah jadi macam kereka 4 x 4 dah tu....... nak buat macam mana setakat tu sahaja yang aku mampu.......
Tengoklah gelagat anak sulung aku makan durian, makanlah kamu puas-puas, bukan senang nak dapat durian murah kat Sabah ni, inilah peluangnya. Makanlah kamu sampai buncit pun tak apa........
Baik-baik adik, buat apa tu......... ni satu teknik baru nak uji tengok buah tu masak atau belum ke.........

REHAT SEKEJAP........

Inilah keluarga ku yang sempat aku bergambar kat atas jambatan gantung kat Kampung Luanti, tempat tengok ikan kelah tu..........
Aku dan anak bongsu aku...........
Isteri dan anak sulung aku.............
Inilah salah satu daya tarikan baru yang ada di Kampung Luanti selain dari ikan kelah........
Lihat tu betapa ramainya orang bergilir-gilir menunggu giliran untuk sama-sama mencari pengalaman bersama dengan ikan kelah di Kampung Luanti ni. Apa yang pasti ikan kelah di sini bukan sahaja bertambah jinak tak takut kepada makluk yang bernama manusia, tetapi yang paling pasti ia semakin gemuk dan bertambah malas mencari makan kat tempat lain.........

IKAN KELAH LAGI.........

Aku pun nak juga bagi makan ikan kelah tu......... ingat pepatah 'jinak merpati makan di telapak tangan' aje ka yang ada, ikan kelah pun boleh la jadi pepatak macam tu, kalau yang ni yang mahal........
Tengok la pasangan member aku tu, bukanya main seronok dia, maklum aje la kat KL tak ada macam tu, kalau tak Taman Negara Pahang dan Tasik Kenyir ada la tempat yang macam tu, tapi susah untuk ke sana. Kalau kat sini setiap hari boleh pergi........
Apa yang seronok sangat isteri aku tu........
Lihatlah betapa jinaknya ikan-ikan kelah kat sini, itulah salah satunya penarik yang ada di Sabah. Datanglah melawat, tapi malangnya masih ramai orang Sabah sediri yang tak pernah sampai ke tempat tu............

JINAK-JINAK SI IKAN KELAH........

Ini yang aku katakan jinak-jinak si ikan kelah, tengok tu....... makan pun kena bersuap........
Tengok tu isteri aku, apa yang dibuatnya pula tu.......
Tersenyum puas hati nampak gayanya member aku ni, siapa pun pasti akan puas hati kalau di Semenanjung ikan kelah ni sudah susah nak tengok dan nak dapat, apa lagi kalau dapat macam ni, lagi la best...........
Tengok tu, bestnya kalau boleh ditangkap. Tapi apa boleh buat, tengok aje tau. Kalau nak nanti kena denda kamu.......