Saturday, October 10, 2009

MUSIM BUNGA 4

Itulah perempuan, kalau dengan bunga mana boleh dilepasnya...... lihatlah gelagat isteri aku tu..........
Mungkin lebah yang ada disini tak perlu bersusah payah mencari madu di hutan, sebab tu kat sini rasanya pengunjung yang datang sama banyak dengan lebah atau lebah yang lebih banyak..........
Lebah pun sama juga..........Cantik sungguh sejambak bunga mawar tu, nampak cantik lagi kalau di latarnya ada bunga-bunga lain yang ditanam macam disusun indah.........
Tengok tu, cantik sususan bunga-bunga di taman tu.............

MUSIM BUNGA 3

"JANGAN PIJAK SAYA NANTI SAYA MATI" cukup jelas maksud dan penerangan yang dinyatakan di papan tanda tu, tapi nak buat macam mana budak-budak manalah dia faham, kalau marah macam disuruhlah katanya....... bagi aku gamber ni cukup menarik.......
Pasangan kuning pastinya merah, tapi merahkah tu...... bungan-bungan serta landskap yang ada di taman Memorial War, Kundasang ni memang menarik dan cantik sungguh bagi aku..........
Walau pun kecil sahaja bunga ni, ia tetap menarik. Mungkin disebabkan cuaca yang sejuk di Kundasang ini membuatkan semua bunga cukup segar dan sesiapa sahaja yang datang pasti akan tertarik.........
Yang ni tak kurang menariknya, warna oren terang dalam kumpulannya cukup menarik......
Putih yang bersih, tapi bunga putih ini tidak akan kekal lama........ mungkin tidak sampai seminggu pun.........

Friday, October 9, 2009

MUSIM BUNGA 2

Sejuk mata memandang bila melihat air hujan menitis di kelopak bunga ni, cubalah sama-sama kita bayang tentu segar udara kat tempat ni.......
Cantik sungguh penyeri ni.........
Yang ni pun apa kurangnya..........
Yang ni nampak kurang segar, tetapi ia tetap menarik jika kita betul-betul hayati keindahannya..........
Putih, bersih, cantik dan menawan mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk bunga ini.........

MUSIM BUNGA 1

Inilah kejadian alam, yang cantik selalunya akan mendapat perhatian. Samalah macam bunga ini ia dicipta sebagai penyeri dan pelengkap kepada kehidupan semua makluk.............
Walau pun pagi, tengahari, petang, senja mahupun malam, bunga tetap bunga dan ia akan tetap dikenali sebagai bunga juga.........
Setiap yang diciptaNya tidak ada kurangnya, cuma mungkin pada akal fikiran kita sahaja yang selalu menghukum bahawa setiap ciptaanNya tersebut tidak menepati kehendak dan keperluan kita, tetapi kita perlu ingat bahawa setiap ciptaannya itu ada sebab ia dijadika begitu, fikirkanlah........
Lihatlah bunga ini, nampak cantik tetapi baunya mungkin tidak menepati citarasa kita. Oleh itu marilah kita fikirkan kenapa ia dijadikan begitu.........

Thursday, October 8, 2009

ANAK BULAN DAH NAMPAK........

Agak-agak cukup tak duit raya untuk tahun ni.........yang penting niat tu kena ikhlas, jangan fikir cukup atau pun tidak......
Haji, nakpak ke anak bulan tu......, kalau nampak cepat-cepat la bagi tau.........
Inilah alat yang biasa digunakan untuk melihat anak bulan, dan ini jugalah pengalaman pertama aku melihat anak bulan..........
Pertama kali dalam seumur hidup aku inilah pertama kali aku berpeluang turut sama menimba pengalaman melihat anak bulan Syawal, bukannya senang nak dapat pengalaman ni tau........
Ini pun biskut kegemaran yang dibuat oleh isteri aku untuk tahun ini, yang lain ada lagi. Mana boleh tunjuk semua RAHSIA..........

KUIH RAYA OH KUIH RAYA......

Inilah menu hari raya setiap tahun, biskut tak beli pun. Nasib baik dapat isteri yang pandai dan minat buat semua ni, jimat la sikit........
Yang ni pun antara biskut wajib dibuat setiap tahun......
Biskut ni pula menu untuk anak-anak aku..........
Yang ni pula hieee..... susah la nak cakap.........
Yang ni pula kiranya tu biskut orang lama-lama, tapi telah dimodenkan.........

MENU DI HUJUNG RAMADHAN.......

Makanan dah ada, minuman belum lagi, bila ni........ Oooo..... lambat lagi nak buka puasa rupanya..........
Eeiii........ sedapnya..........
Yang ni lagi leeee........ Orang utara tak payah nak cakap la, sendiri mau ingat la kalau duduk kat rantau ni semuanya kena buat sendiri, kalau nak beli tu susah la sikit nak dapat. Kalau ada pun tak ada la sedap yang dicitakan.........
Heiiiii......... tak kan lah semua menu hari-hari last macam ni punya best.......