Saturday, December 19, 2009

ISTANA TYT NEGERI SABAH

Inilah rombongan dari pejabat aku yang telah melakukan lawatan mengadap sembah ke Istana TYT Negeri Sabah baru-baru ni......
Macam ni lah sessi mengadap sembah yang dilakukan oleh bos aku......... Kalau ambil gambar orang biasa senang la sikit tapi kalau ambil gambar orang VIP macam TYT ni banyak sangat protokolnya, bukan sahaja bab pakaian, hinggakan kalau ambil gambar pun ada protokolnya, tidak boleh sesuka hati sahaja nak diambilnya.......
Inilah suasana ruang tamu utama Istana TYT Sabah, cantik......
Orang yang dah lama kat sini pun belum tentu dapat masuk Istana, aku yang baru tidak sampai 4 tahun dah 2 kali dapat masuk, tapi kalau kameraman memang nasib la tak ada gambar. Kalau ada pun tak ada la macam mana yang dihajati, kat pintu masuk pun jadi la..........
Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menjejak kaki ke Istana, mungkin inilah rezeki sebagai seorang kameraman. Tahun ini sahaja dah 2 kali aku dapat menjejak kaki ke Istana Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, yang pertama kerana bos aku minta aku ikut sama jadi kameraman untuk majlis mengadap sembah dan yang terbaru ikut dia minta aku jadi kameraman untuk majlis dia terima pingat Negari Sabah.

No comments:

Post a Comment