Sunday, December 20, 2009

BALIK KAMPUNG DISEMBER 2009 - 3

Lepas la burung helang tu, jangan tangkap dia......... Baik-baik nanti dia berak kat dalam tangan abang long kut....... Nampak mudah aksi tu, tapi itulah seni yang cuba ditonjolkan melalui olahan seni hasil dari pandangan seorang kameraman........
Inilah salah satu sudut shopping mall yang ada di Langkawi, bagi aku Langkawi adalah dunia untuk orang perempuan bershopping jika berminat la....... kalau tak aku tak tahu la........
Ini pula dunia anak aku choclate......... Kebetulan pula balik Langkawi kali ni ada festival choclate, apa lagi budak-budak berdua tu, itu nak, ini nak la...........
Kalau balik kampung di Langkawi, mandi laut adalah suatu kemestian. Rasa macam tak sah balik kampung kalau tak mandi laut. Macam aku juga la rasa macam tak sah kalau tak pergi ke laut memancing. Tapi balik kampung kali ini aku tak kelaut tekong tak berapa lagi sihat la...........
Tengok tu macam lori kontena barang-barang aku. Ini baru barang dari rumah mertua untuk ke Langkawi aje........ Belum lagi barang-barang yang akan dibawa balik dari Langkawi ke Sabah nanti...........

No comments:

Post a Comment