Semakin dekat enjin kapal terbang tu aku dapat lihat semakin sayu rasanya aku rasa untuk meninggalkan Langkawi. Mak, Abah anak mu ni dah nak balik KK. Kalau panjang umur insyaAllah kita jumpa lagi lepas ni. Tapi kali ini aku balik tak tahu kenapa terasa sangat sayu bila nak balik semula KK...........
Dah sampai pun kapal terbang yang akan aku naik ke KLIA nanti......
Inilah gambar terakhir aku bersama emak dan abah sebelum bertolak balik semula ke KK. Telah menjadi adat resam aku sebagai seorang anak rantau, Langkawi hanya tempat untuk aku balik kampung bercuti dan rehat tidak lebih dari itu, habis cuti terpaksalah balik semula ke tempat dimana aku mencari rezeki. Nak buat macam mana, telah tertulis bahawa sejak zaman aku bujang lagi bahawa rezeki aku adalah di tempat orang...........
No comments:
Post a Comment